Wednesday, 27 September 2017

PEMERENGGAN YANG BERKESAN



PEMERENGGAN YANG BERKESAN 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊


Saya Siti Aisyah  Binti Mazlam dan Nor Ilmi Izyan Binti  Mohd Azman  berkongsi blog ini bertujuan untuk menghurai tentang pengetahuan kami  mengenai pemerenggan yang berkesan.

      Seperti yang  kita  ketahui, kemahiran perenggan  dapat dilihat  dengan  perenggan pendahuluan  yang  sesuai  dan menarik. Selain  itu hendaklah ditulis  terlebih dahulu. Pemerengganan pendahuluan haruslah ditulis dengan bahasa yang tepat  dan padat kerana pendahuluan yang meleret-leret  akan membosankan. Seterusnya isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus dan mengikut tema.

Image result for animasi bergerak
        
Dalam  penulisan karangan setiap perenggan perlu didahului oleh:

a)  ayat topik -idea utama 
b)  ayat  huraian  -  menghuraikan idea utama
c)  ayat contoh  -  memberikan contoh yang sesuai dengan idea utama.
d) ayat sokongan  - menghurai dengan bersertakan bukti berdasarkan fakta.
e) ayat rumusan - merumus semua  isi ayat yang ditulis.  

    Pemerengganan yang baik mestilah mempunyai tiga ciri  iaitu perenggan pendahuluan. Perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan menunjukkan secara keseluruhan tentang apa yang  hendak ditulis dengan jelas  dan menyatakan secara umum dengan ayat selapis atau ayat mudah. Selain  itu, perenggan isi dihuraikan berdasarkan keterangan dalam perenggan terdahulu dan dihuraikan dalam bentuk susunan ayat topik, ayat  huraian dan contoh. Antara satu  perenggan dengan perenggan yang lain hendaklah dihubungkan dengan penanda wacana. Perenggan penutup pula menggambarkan tentang perkara  yang telah ditulis dalam keseluruhan perenggan dan isinya adalah  sama dengan perenggan pendahuluan hanya diungkapkan dalam bentuk dan  struktur ayat yang berlainan. 



Contoh pemerengganan yang baik  :


Related image

Sekian terima kasih 😉😉
Image result for animasi bergerak

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS AYAT

Hai..bertemu kembali kita pada minggu ini bersama penulisan blog  yang baru daripada kami  yang bertajuk peranan diksi  dan analisis jeni...