PEMERENGGAN YANG BERKESAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊
Saya Siti Aisyah Binti Mazlam dan Nor Ilmi Izyan Binti Mohd Azman berkongsi blog ini bertujuan untuk menghurai tentang pengetahuan kami mengenai pemerenggan yang berkesan.
Seperti yang kita ketahui, kemahiran perenggan dapat dilihat dengan perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik. Selain itu hendaklah ditulis terlebih dahulu. Pemerengganan pendahuluan haruslah ditulis dengan bahasa yang tepat dan padat kerana pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan. Seterusnya isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus dan mengikut tema.
Dalam penulisan karangan setiap perenggan perlu didahului oleh:
a) ayat topik -idea utama

b) ayat huraian - menghuraikan idea utama
c) ayat contoh - memberikan contoh yang sesuai dengan idea utama.
d) ayat sokongan - menghurai dengan bersertakan bukti berdasarkan fakta.
e) ayat rumusan - merumus semua isi ayat yang ditulis.
Pemerengganan yang baik mestilah mempunyai tiga ciri iaitu perenggan pendahuluan. Perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan menunjukkan secara keseluruhan tentang apa yang hendak ditulis dengan jelas dan menyatakan secara umum dengan ayat selapis atau ayat mudah. Selain itu, perenggan isi dihuraikan berdasarkan keterangan dalam perenggan terdahulu dan dihuraikan dalam bentuk susunan ayat topik, ayat huraian dan contoh. Antara satu perenggan dengan perenggan yang lain hendaklah dihubungkan dengan penanda wacana. Perenggan penutup pula menggambarkan tentang perkara yang telah ditulis dalam keseluruhan perenggan dan isinya adalah sama dengan perenggan pendahuluan hanya diungkapkan dalam bentuk dan struktur ayat yang berlainan.

Contoh pemerengganan yang baik :
Sekian terima kasih 😉😉
No comments:
Post a Comment